January 24, 2015

Have Faith

Aku.
Hanyalah seorang gadis biasa.
Tetapi aku bersyukur setiap apa yang ada pada diriku.
Bersyukur ke atas segala nikmat, rezeki dan rahmat dan yang telah dilimpahkan yang tidak terhingga oleh-Nya kepada diriku.

Walaupun arwah Abah sudah pergi meninggalkan aku buat selamanya.
Aku bersyukur kerana masih mempunyai Bonda yang sangat dekat dengan aku.
Yang sentiasa bersama di setiap jatuh dan bangunku.
Di setiap hancur dan punah hatiku.
Dan di setiap lemah dan tak terdaya diriku.

Hanya doa yang mampu aku berikan dan balas kepada mereka yang tersayang.
Dan aku sedang berusaha untuk mencari kejayaan dan kebahagiaan untuk diriku.
Aku masih tergapai-gapai mencari hala tuju atas bimbingan-Nya.
Kerana aku tahu, matlamat hidup ini bukan hanya untuk mengejar dunia semata-mata.
Tetapi untuk mengejar keredhaan-Nya.

Semoga jalan yang aku lalui sekarang adalah jalan yang mendatangkan kebahagiaan di akhir nanti. Bukan hanya untuk aku. Tetapi untuk agamaku dan juga keluargaku yang tersayang. Semoga hati ini sentiasa tabah menghadapi setiap liku-liku, cabaran, ujian dan dugaan yang bakal mendatang. In shaa Allah, aku yakin keputusannya di akhir nanti tidak akan mengecewakan diriku. #HaveFaith